bahaye.. walaupun terkena kat rakyat negara jiran, ia agak memberi satu reaksi kurang selesa di kalangan masyarakat negara ini.. apapun.. solat jumaat nie kite same2 doakan untuk negara kita.. amin.....
Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Seorang pelajar tahun pertama Pusat Pendidikan Antarabangsa Kewangan Islam dekat sini menjadi korban pertama penyakit berkaitan selesema babi (H1N1) di negara ini.Hasil ujian virologi dan bakteriologi terhadap rakyat Indonesia yang berumur 30 tahun itu mendapati spesimen daripada tisu paru-paru dan salurannya adalah positif virus H1N1. Dia meninggal dunia kelmarin.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang tidak mahu orang ramai panik dengan perkembangan itu berkata, keputusan bedah siasat belum diketahui untuk pengesahan punca kematian.
"Mangsa mempunyai badan yang gemuk serta terdapat tanda-tanda pneumonia pada paru-paru dan kelainan pada tisu jantung serta cairan seperti nanah.
"Siasatan masih dijalankan dan keputusan rasmi akan diumumkan Sabtu ini,'' katanya di sini semalam.
Tiong Lai memberitahu, mangsa telah bercuti ke Indonesia dan kembali ke negara ini pada 5 Julai lalu sebelum mengalami demam dan batuk-batuk.
berita dari kosmo..... saya berfikir adakah pandemik ini akan terus merebak ataupun berjaya dikekang.. sahabat sila pastikan anda semua bila mangalami simptom2 yang dinyatakan seperti demam yang disertai dengan batuk, sakit nafas, sakit kepala, sakit tekak, sakit badan.. terus jumpe doktor. cek kesihatan kita.. bukan sahaj aia membahayakan hidup kita malahan semua yang berada disekeliling kita..
itu sahaja coretan hari ini.. wassalam...
2 comments
Comment by musafir on July 24, 2009 at 11:37 AM
inalilah. dah ado doh yg mati..
sama2 kita doakn kta terus selamat..
Comment by Hasnul Azizi on July 24, 2009 at 12:16 PM
niE bKan ke yG sBB saKit janTung tuE...??
tP viRus neh manG susA nk benDung...
rakYat suMe aMek endah x enDah je pSL neh...
cKp taKut tP maLu nk pKai mask mSe jeJaLan...
haHA...
Post a Comment