Assalamualaikum..
FEnomena gerhana matahari di asia semalam adalah topik yang menarik untuk saya tulis dalam belog ini. masakan tidak untuk merase gerhana matahari dalam masa yang lama iaitu 6 minit lebih ini hanya akan berlaku pada tahun 2100-an nnt kan.. tak sangke.
gerhana matahari berlaku apabila matahari, bulan dan bumi berada dalam satu garisan lurus.. ad kira2 dari ahli falak mengenai gerhana ini. tapi shaye tak taw..
saye sempat sedut skit dari website2 lain. time kasih kepada owner..

Benua Asia gelap



PERINGKAT pergerakan gerhana matahari dilihat di Guwahati, Assam, India semalam.

Berjuta penduduk diselubungi ketakutan, sembunyi dalam rumah

TAREGNA (INDIA): Gerhana matahari paling lama pada abad ke-21 semalam menyebabkan sebahagian besar benua Asia bertukar gelap gelita selepas fajar ketika berjuta penduduk keluar untuk menyaksikan fenomena sekali seumur hidup itu.

Seorang wanita terbunuh dalam satu kejadian rempuhan di sungai Ganges di India, di mana penganut Hindu berkumpul untuk menyaksikan fenomena itu.

Berjuta yang lain, diselubungi ketakutan, menyembunyikan diri mereka di dalam rumah. Awan tebal yang menyelubungi India mengaburi matahari ketika gerhana bermula selepas waktu fajar. Namun beberapa minit kemudian awan beredar dan beberapa bandar di India dapat menyaksikan gerhana penuh yang berlaku jam 6.24 pagi waktu tempatan, sebelum bergerak ke Nepal, Myanmar, Bangladesh, Bhutan dan China.

Gerhana berlaku apabila bulan bergerak di antara matahari dan bumi, melindungi sang suria sebahagian atau sepenuhnya sehingga menyebabkan kegelapan di bumi. Fenomena gerhana penuh walaupun bukan sesuatu yang jarang berlaku, namun kejadian semalam dijangka adalah paling lama dalam abad ini iaitu sehingga enam minit 39 saat.

Di Beijing yang dijangka dapat melihat gerhana sepenuhnya, kabus tebal berwarna kelabu pada pagi mengecewakan penduduk yang bangun pagi untuk menyaksikan fenomena berkenaan.

KANAK-KANAK menyaksikan gerhana matahari menerusi cermin mata khas dan teleskop di pinggir Osaka, Jepun semalam.

Pemerhati di Shanghai juga kecewa apabila hujan gerimis pada sebelah pagi. Namun apabila langit siang hari mula bertukar gelap seperti malam selama kira-kira lima minit, pemerhati menjadi teruja semula.

"Walaupun hujan turun, saya tidak mahu suasana muram. Saya mahu menikmati hari yang istimewa ini," katanya.

Di Bangladesh, penduduk turut bersuka ria.

"Ia adalah saat yang jarang berlaku, saya tidak pernah terfikir untuk melihatnya dalam hidup saya," kata Abdullah Sayeed, seorang pelajar kolej yang berkunjung ke bandar Panchagarh dari ibu kota Dhaka untuk menyaksikannya.

KEADAAN di Shanghai sebelum (atas) dan selepas gerhana penuh.
Katanya kereta di bandar itu memerlukan lampu ketika "siang bertukar malam secara tiba-tiba." Orang ramai berpelukan antara satu sama lain dan sesetengahnya meniup wisel apabila gerhana bermula, katanya.

Gerhana penuh matahari semalam hanya dapat dilihat di Asia dan adalah fenomena paling lama sejak 11 Julai 1991, apabila gerhana penuh berlaku selama enam minit 53 saat dapat dilihat dari Hawaii ke Amerika Selatan. Tiada lagi gerhana penuh yang lama berbanding semalam sehingga 2132. � AP

yg tue adalah petikan dari akhbar berita harian hari ini..

Lagi gambar-gambar gerhana matahari separa @ eclipse dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

eclipse gerhana matahari

eclipse gerhana matahari

eclipse gerhana matahari

eclipse gerhana matahari

eclipse gerhana matahari

eclipse gerhana matahari

eclipse gerhana matahari

eclipse gerhana matahari

eclipse gerhana matahari

eclipse gerhana matahari

thnx to beautifulnara.com kerana sudi share gamb nie.

gerhana matahari.. atas belah kiri di alor setar, yg kanan tue kat india.. bawh 2 pakistan..


GAMBAR gerhana matahari dalam pelbagai peringkat yang dirakam di dua lokasi di Gauhati, India, semalam. - AP
nie dari utusan malaysia


map-of-china-july-22-2009-total-solar-eclipse
laluan gerhana matahari yg boleh dilihat secara penuh dari india sampai ke china.. thnx to www.chinagaze.com

ok tue je pasal gerhana. ad update nnt ak tambah k thanx to all weebsite that i had suck some of ur info.. hehe..
daaa.. wassalam..

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati