Assalamualaikum..
Minat dalam bidang PERTAHANAN?
Bantu skuad negara dalam membanteras jenayah.
Syarat-syarat:
1. Bumiputra dan bukan bumiputra
2. Tidak Rabun Warna
3. Kelayakan Minimum SPM
4. Berumur diantara 18-30 tahun
Kelebihan:
1. Kerja di bawah kerajaan
2. Gaji pokok : RM1800
3. Elaun bulanan (Cola) : RM300
4. Elaun penginapan RM300
5. Uniform: RM450
6. Dobi RM200
7. Percuma kursus mempertahankan diri
8. Kenaikan pangkat secara lantikan dari ketua unit jawatan dan mengambil ujian khas
Sekiranya berminat sila hadir pada sesi temuduga dan dikehendaki membawa kad pengenalan diri serta gambar berukuran passport pada 30 MEI 2009 di Jabatan Pertahanan Awam.
nrd_ hasLam: Bagi yang berkelayakan uniform akan diberikan 3 pasang setiap seorang dan kelengkapan lain (lengkap) serta perlu melaporkan diri 60 hari dari surat tawaran jawatan.
LAMPIRAN SILA KE BAWAH.
Jawatan:
1. Power Rangers
2. Kamen Riders
3. Ultraman
4. Sailormoon (wanita shj)
5.SURIA PERKASA HITAM (Cawangan Jepun)
hehe..
Archives
bahaye.. walaupun terkena kat rakyat negara jiran, ia agak memberi satu reaksi kurang selesa di kalangan masyarakat negara ini.. apapun.. solat jumaat nie kite same2 doakan untuk negara kita.. amin.....
Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Seorang pelajar tahun pertama Pusat Pendidikan Antarabangsa Kewangan Islam dekat sini menjadi korban pertama penyakit berkaitan selesema babi (H1N1) di negara ini.Hasil ujian virologi dan bakteriologi terhadap rakyat Indonesia yang berumur 30 tahun itu mendapati spesimen daripada tisu paru-paru dan salurannya adalah positif virus H1N1. Dia meninggal dunia kelmarin.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang tidak mahu orang ramai panik dengan perkembangan itu berkata, keputusan bedah siasat belum diketahui untuk pengesahan punca kematian.
"Mangsa mempunyai badan yang gemuk serta terdapat tanda-tanda pneumonia pada paru-paru dan kelainan pada tisu jantung serta cairan seperti nanah.
"Siasatan masih dijalankan dan keputusan rasmi akan diumumkan Sabtu ini,'' katanya di sini semalam.
Tiong Lai memberitahu, mangsa telah bercuti ke Indonesia dan kembali ke negara ini pada 5 Julai lalu sebelum mengalami demam dan batuk-batuk.
berita dari kosmo..... saya berfikir adakah pandemik ini akan terus merebak ataupun berjaya dikekang.. sahabat sila pastikan anda semua bila mangalami simptom2 yang dinyatakan seperti demam yang disertai dengan batuk, sakit nafas, sakit kepala, sakit tekak, sakit badan.. terus jumpe doktor. cek kesihatan kita.. bukan sahaj aia membahayakan hidup kita malahan semua yang berada disekeliling kita..
itu sahaja coretan hari ini.. wassalam...
Assalamualaikum..
FEnomena gerhana matahari di asia semalam adalah topik yang menarik untuk saya tulis dalam belog ini. masakan tidak untuk merase gerhana matahari dalam masa yang lama iaitu 6 minit lebih ini hanya akan berlaku pada tahun 2100-an nnt kan.. tak sangke.
gerhana matahari berlaku apabila matahari, bulan dan bumi berada dalam satu garisan lurus.. ad kira2 dari ahli falak mengenai gerhana ini. tapi shaye tak taw..
saye sempat sedut skit dari website2 lain. time kasih kepada owner..
Benua Asia gelap
PERINGKAT pergerakan gerhana matahari dilihat di Guwahati, Assam, India semalam.Berjuta penduduk diselubungi ketakutan, sembunyi dalam rumah
TAREGNA (INDIA): Gerhana matahari paling lama pada abad ke-21 semalam menyebabkan sebahagian besar benua Asia bertukar gelap gelita selepas fajar ketika berjuta penduduk keluar untuk menyaksikan fenomena sekali seumur hidup itu.
Seorang wanita terbunuh dalam satu kejadian rempuhan di sungai Ganges di India, di mana penganut Hindu berkumpul untuk menyaksikan fenomena itu.
Berjuta yang lain, diselubungi ketakutan, menyembunyikan diri mereka di dalam rumah. Awan tebal yang menyelubungi India mengaburi matahari ketika gerhana bermula selepas waktu fajar. Namun beberapa minit kemudian awan beredar dan beberapa bandar di India dapat menyaksikan gerhana penuh yang berlaku jam 6.24 pagi waktu tempatan, sebelum bergerak ke Nepal, Myanmar, Bangladesh, Bhutan dan China.
Gerhana berlaku apabila bulan bergerak di antara matahari dan bumi, melindungi sang suria sebahagian atau sepenuhnya sehingga menyebabkan kegelapan di bumi. Fenomena gerhana penuh walaupun bukan sesuatu yang jarang berlaku, namun kejadian semalam dijangka adalah paling lama dalam abad ini iaitu sehingga enam minit 39 saat.
Di Beijing yang dijangka dapat melihat gerhana sepenuhnya, kabus tebal berwarna kelabu pada pagi mengecewakan penduduk yang bangun pagi untuk menyaksikan fenomena berkenaan.
KANAK-KANAK menyaksikan gerhana matahari menerusi cermin mata khas dan teleskop di pinggir Osaka, Jepun semalam. Pemerhati di Shanghai juga kecewa apabila hujan gerimis pada sebelah pagi. Namun apabila langit siang hari mula bertukar gelap seperti malam selama kira-kira lima minit, pemerhati menjadi teruja semula.
"Walaupun hujan turun, saya tidak mahu suasana muram. Saya mahu menikmati hari yang istimewa ini," katanya.
Di Bangladesh, penduduk turut bersuka ria.
"Ia adalah saat yang jarang berlaku, saya tidak pernah terfikir untuk melihatnya dalam hidup saya," kata Abdullah Sayeed, seorang pelajar kolej yang berkunjung ke bandar Panchagarh dari ibu kota Dhaka untuk menyaksikannya.Katanya kereta di bandar itu memerlukan lampu ketika "siang bertukar malam secara tiba-tiba." Orang ramai berpelukan antara satu sama lain dan sesetengahnya meniup wisel apabila gerhana bermula, katanya.
KEADAAN di Shanghai sebelum (atas) dan selepas gerhana penuh.
Gerhana penuh matahari semalam hanya dapat dilihat di Asia dan adalah fenomena paling lama sejak 11 Julai 1991, apabila gerhana penuh berlaku selama enam minit 53 saat dapat dilihat dari Hawaii ke Amerika Selatan. Tiada lagi gerhana penuh yang lama berbanding semalam sehingga 2132. � AP
yg tue adalah petikan dari akhbar berita harian hari ini..
Lagi gambar-gambar gerhana matahari separa @ eclipse dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
thnx to beautifulnara.com kerana sudi share gamb nie.
gerhana matahari.. atas belah kiri di alor setar, yg kanan tue kat india.. bawh 2 pakistan..
nie dari utusan malaysia
laluan gerhana matahari yg boleh dilihat secara penuh dari india sampai ke china.. thnx to www.chinagaze.com
daaa.. wassalam..
Assalamualaikum..
skarang saye ad kat skool ibu.. kebetulan upnm, universiti terchenta saya telah ditutup selama seminggu (22/7 - 28/7) gara-gara penyakit h1n1 yang menular di kalangan pegawai kadet dan pegawai kadet PALAPES. xsangke plak die leh merebak sesame kami lak. mungkin tabiat suke berkongsikate sorang sahabat ni la di kalangan pegawai kadet adalah biase.. minum water cooler, cawan tinggal situ.. pastu orang len lak minum, pastu ntah2 bangla cuci toilet tue pon minum same.. hehehe... nk kate memang la agen penyebaran di upnm nie kuat.. sakit sorang sume kene.. gaya ape..
cerita selanjutnya saye petik dari akhbar kosmo hari nie.
H1N1: Kampus UPNM, MTD tutup
KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan mengesahkan 60 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) di sini didapati positif wabak selesema babi (H1N1).
Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad berkata, penularan wabak tersebut berpunca daripada seorang pensyarah yang baru pulang dari Melbourne, Australia.
"UPNM dan MTD kini ditutup selama seminggu dan pelajar-pelajar terbabit dikenakan kuarantin di rumah dan kami akan mengikut nasihat daripada Kementerian Kesihatan sehingga tempoh kuarantin tersebut selesai," katanya ketika dihubungi malam tadi.
Sehubungan itu, semua perjalanan keluar masuk ke UPNM dan MTD diperketatkan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan semua prosedur operasi standard turut diambil.
Sementara itu, kelas Lima Lotus, Sekolah Kebangsaan Subang Bestari, Shah Alam turut ditutup mulai semalam sehingga 27 Julai ini berikutan 15 pelajar kelas itu mengalami tanda-tanda selesema babi.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tiga kes baru dikesan semalam iaitu dua kes import dan satu kes tempatan menjadikan mangsa H1N1 kini meningkat kepada 877 kes.
-akhbar kosmo 22 julai 2009-
sehubungan dengan itu saye melampiaskan diri saya pada ibu dengan repair die kat skool ibu n berehat2 sambil men fb kat kom skool ibu.. ahahahaha.... sunok2.
pada kengkawan sume dari course meki.. selamat bercuti.. yang blaja termo dari 'papa' terchenta korang leh la dapat rest seminggu nie.. tenangkan fikiran k.
daaa.. wassalam..
Ayoi haritu ada apply uitm.. skang die kat uitm merbok, nun kedah sana.. waktu intbw die bwat kat uitm lendu.. saye baru bace berita pasal uitm lendu.. terkejut. mgkn hikmah aoi lebih better kat merbuk sanne kan.
ALOR GAJAH: Proses penutupan sepenuhnya secara sementara Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Melaka di Lendu, dekat sini, susulan penularan wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1) dijangka selesai seperti dijadualkan kira-kira jam 12.30 tengah hari ini.
Pengarah UiTM Kampus Melaka, Prof Madya Datuk Dr Mizan Hitam, berkata sehingga petang semalam, kira-kira 70 peratus daripada hampir 5,800 pelajar yang mendiami kampus berkenaan sudah keluar dan pulang ke rumah masing-masing.
"Ibu bapa yang belum mengambil anak masing-masing, diharap segera berbuat demikian, manakala bagi yang jauh, kita sedang berusaha membantu menghantar mereka," katanya sini, semalam.
"Bagaimanapun kita tidak akan menghalang mana-mana pelajar yang sihat untuk kekal berada di sini, tapi perlu memaklumkan kami," katanya ketika ditemui di pejabatnya di UiTM Kampus Melaka di Lendu, dekat sini, semalam.
Arahan penutupan UiTM Kampus Melaka ini dikeluarkan Kementerian Kesihatan petang kelmarin, selepas Pengarah Kawalan Penyakitnya, Datuk Dr Hassan Abdul Rahman mengesahkan 13 pelajar universiti sudah dijangkiti wabak berkenaan.
Mengulas lanjut, Mizan berkata, berikutan penutupan sementara itu, semua aktiviti di universiti itu turut diberhentikan, manakala 371 tenaga akademik dan 269 pegawai serta kakitangan pentadbiran juga sudah diarah bercuti sehingga 24 Julai ini sebagai mematuhi arahan Kementerian Kesihatan.
Katanya, susulan penutupan kampus berkenaan, kerja pembersihan membabitkan 15 kolej kediaman termasuk 10 yang didiami pelajar perempuan akan dimulakan pada Isnin ini, sebelum disusuli di semua bilik tutorial dan dewan kuliah.
Sementara itu, tinjauan Berita Harian di universiti itu, mendapati semua kolej kediaman hampir kosong termasuk kawasan pengasingan, apabila ibu bapa secara sukarela datang mengambil anak masing-masing.
Seorang bapa pelajar, Yusof Mohd Tahir dari Seremban, memuji sikap prihatin pengurusan UiTM yang cepat bertindak mengawal penularan wabak berkenaan walaupun ia dilakukan dalam tempoh singkat dan serta merta.
assalamualaikum..
Bukit Jalil, Tribun – Michael Owen menyelamatkan muka Manchester United dengan mencetak gol kemenangan 3-2 atas Malaysia U-23 pada laga persahabatan di Stadion Bukit Jalil, Sabtu (18/7).
Menghadapi Malaysia, pelatih Sir Alex Ferguson tetap menurunkan sebagian besar pemain utama MU. Namun, Malaysia mampu mengimbangi permainan MU. Dan beberapa kali melalui serangan balik, Malaysia mampu mengancam pertahanan MU, meski pada akhirnya Rio Ferdinand dan kawan-kawan mampu meredamnya.
Adalah striker Wayne Rooney yang mampu membuka keunggulan MU pada menit ke-15. Gol Rooney bermula pergerakan cepat Darron Gibson dari sisi kiri pertahanan Malaysia. Umpan Gibson sebelumnya jatuh di kaki Dimitar Berbatov, namun kiper Malaysia Mohd Farizal Marlias mampu menahan tendangan striker tim nasional Bulgaria tersebut.
Dengan cermat Rooney kemudian memanfaatkan bola muntah hasil tendangan Berbatov, dan dengan tenang striker bernomor punggung ‘10’ tersebut menggetarkan gawang Malaysia.
Gol kedua MU dicetak oleh gelandang asal Portugal Nani. Kerjasama yang apik antara Nani dan Rooney mampu menyihir publik Bukti Jalil terkesima dan pemain Malaysia terpana.
Usai Rooney menerima umpan terobosan yang dilakukan Nani. Dengan cermat Rooney mengecoh beberapa pemain belakang Malaysia. Bukannya melepaskan tendangan ke gawang, Rooney justru melepaskan umpan terobosan kepada Nani.
Nani kemudian dengan tenang menceploskan bola ke gawang Mohd Farizal Marlias. Dan usai mencetak gol, Nani kemudian melakukan ritual berlompat.
Dua menit jelang jeda babak pertama, Malaysia mampu mengejutkan pertahanan MU lewat gol yang dicetak Mohd Amri Yahyah. Gol Amri tercipta dengan hebat, pasalnya pemain Selangor FC tersebut mampu melepaskan tendangan dari jarak jauh, dan bola melambung tidak mampu diantisipasi kiper Edwin van der Sar.
Di babak kedua, Malaysia lebih mampu meningkatkan permainannya. Dan hasilnya Amri Yahyah kembali mampu membobol gawang MU. Jika sebelum jeda babak pertama, Amri mampu mengecoh Van der Sar, pada gol kedua yang dicetaknya kali ini Amri mampu memanfaatkan kesalahan kiper Ben Foster, yang menggantikan Van der Sar pada babak kedua.
Sebuah bola back pass yang dilakukan John O’Shea tidak mampu dikontrol dengan sempurna oleh Foster, dan hal tersebut dimanfaatkan dengan sempurna oleh Amri untuk membobol gawang Foster.
Ferguson berusaha keras untuk memenangkan pertandingan, dan sejumlah pemain baru ditampilkan oleh pelatih asal Skotlandia tersebut. Zoran Tosic, Ryan Giggs, Macheda, Wes brown, dan Owen dimasukan oleh Ferguson untuk menambah daya gedor MU.
Namun, baru pada menit ke-85 Owen mampu memastikan kemenangan MU. Mantan striker Real Madrid dan Newcastle United tersebut mampu memanfaatkan bola muntah usaha Giggs, dan dengan tenang menceploskan bola ke gawang. (*)
tulisan dari Muhammad Irham. la_toge_langi@yahoo.com
assalamualaikum....
shaye bru hbs menembk... dapat score 92.. tp mate ini sangat sakit..
ye ah kene ketumbit lak malam jumaat ari2.. mula2 tak terase ap2.. tube2.. mate kiri nie terus membesar...
lepas menembak kat lapang sasar tadi jumpe ah jap ngan tuan den.. die kate yang mate den nie kene ketumbit..
rupe2.. bengkak kat mate nie diberi nama ketumbit iyek.. isk..
ak pon mengoogle mencari erti ketumbit tue.. rope2nyer.. ketubit itu ialah..
jangkitan pada pinggir kelopak mata yang mengakibatkan bisul kecil yang berkembang pada bahagian tersebut. Ketumbit boleh dibahagikan kepada ketumbit luaran, iaitu apabila jangkitan berlaku pada folikel-folikel yang terdapat pada bulu mata, atau ketumbit dalaman, iaitu apabila jangkitan berlaku pada kelenjar minyak yang terdapat pada kelopak mata.Ketumbit kebiasaannya terjadi pada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, orang dewasa juga berkemungkinan untuk mendapat ketumbit, bergantung kepada tahap penjagaan mata mereka.
Penyebab
Ketumbit adalah disebabkan oleh kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata menjadi tersumbat. Kelenjar minyak yang telah tersumbat ini kebiasaannya akan dijangkiti oleh bakteria seperti bakteria Staphylococcus aureus. Penghasilan atau pengumpulan minyak yang berlebihan menyediakan keadaan yang sesuai untuk pembiakan bakteria. Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan kelenjar minyak tersumbat ialah :
* Tekanan
* Pertukaran hormon
* Mengguna peralatan solek yang sama buat satu jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bacteria
* Diabetis
* Kandungan lemak yang tinggi dalam badan
* Kekurangan vitamin dalam badanPatogenesis
Kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata tersumbat dan mengakibatkan minyak yang dihasilkan oleh kelenjar berkenaan berkumpul dan mengalir keluar daripada dinding kelenjar tersebut membentuk seperti gumpalan kecil (bisul) di pinggir kelopak mata. Bisul tersebut kebiasaannya amat sakit, berwarna merah dan bernodul. Kebiasaannya, kelenjar minyak yang tersumbat amat mudah dijangkiti oleh bakteria dan ini menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang teruk dan kawasan di sekitar kelopak mata yang terlibat menjadi kemerahan.
Ketumbit kebiasaannya kelihatan putih atau kekuningan seperti jerawat. Ketumbit boleh berlaku pada bahagian sebelah mata sahaja atau kadangkala ia boleh melibatkan kedua-dua belah mata dalam satu masa, secara serentak.
Bisul yang terhasil pada kebiasaannya akan surut dengan sendirinya apabila bahan yang menutup lubang kelenjar minyak tersebut dialihkan. Jangkitan oleh bakteria juga akan pulih apabila nanah dikeluarkan dan bahagian kelenjar tersebut dibersihkan.
Simptom-simptom
* Bisul di bahagian atas atau bawah kelopak mata
* Bengkak di sekeliling kelopak mata
* Sakit
* Kelopak mata menjadi merah
* Kelopak mata terasa sakit apabila disentuh
* Mata menjadi pedih
* Mata berair
* Gatal-gatal di kawasan bisul
* Pesakit berasa tidak selesa semasa mengelipkan mata
* Sensitif kepada cahaya yang cerah
sumber dari http://chaneykronik.wordpress.com.. mekacih
ad la beberapa petua untuk ilangkan ketumbit nie..
#1 cabut bulu mate tempat kene ketumbit-dari tn den
#2 ambil seulas bawang putih, guris sedikit bahagian hujungnya dengan kuku agar keluar airnya dan sapukan pada kelopak mata yang ber ketumbit tadi 3 kali sehari. Insyaallah ketumbit akan beransur baik dalam masa singkat.
#3 gi kat klinik.. mintak nurse yg lawa tlong picit n bersihkan mate 2! nie dari dik in.. hehehehe...
ini saya..
kata-kata mu, luahan kita, bingkisan saya..
buah fikir kita senantiasa berbeda..
tapi jiwa tetap sama..
kita insan dan hamba..
Mechanical Engineering
UPNM, Sg. Besi, KL
bicara mereka..
masa
TaRiKh..
itu mereka..
-
-
-
-
-
saya seorang pemalas ;p12 years ago
-
-
Sibuk12 years ago
-
Selamat Hari Raya...!13 years ago
-
Trip to Ilham Resort, PD13 years ago
-
agak lucu membaca catatan ni13 years ago
-
the other khairul anwar…14 years ago
-
-
Back15 years ago
-
tiada kerja.suka-suka15 years ago
-
-
-
-
-
-
-