Assalamualaikum..
saya telah mengompletekan beberapa siri latihan yek sepanjang persediaan untuk eco challenge bebaru ini.. inSyaAllah event ini akan berlangsung di upnm pada 8hb dis 2009
apepon sambung diari skit

D-Day (monday)
hari ini adalah perasmian pembukaan Latihan. dirasmi oleh komandan ALK sendiri
ap yang menarik letupan kuat dari sudut sebelah kanan padang.. seolah2 mengalu-alukan kami semua dalam kancah latihan ketenteraan ini.. mungkin?
"nampak langit berlari" boleh kate itulah rutin kami. sepanjang berada dalam suasana Latihan.
selepas pembukaan, kami berlari2 ke C5 untuk sedikit pentadbiran intake. saya menjadi ajk multimedia, dan menguruskan persediaan komputer dah slaid projektor.
pulang ke blok, makan dan sebagainya.. dan bersedia untuk kelas pada sebelah petang, iaitu sejarah peperangan yang tidak disytiharkan. Ia lebih mengkhususkan mengenai konfrantasi dan pergelutan di brunei. setelah itu, latihan eco challenge pada sebelah petang dan malam. ternyata disiplin yang sukar akan saya dan rakan2 yang lain akan alami. iaitu:

  • berjalan laju dan merentas desa sehingga kawasan merentas halangan
  • merentas halangan
  • menembak pada sasaran 100m dalam 1 minit
  • berjalan laju ke boat house
  • berkayak sejauh 1km
pada malam saya tidur awal. untuk persediaan hari esok yang bakal mencabar.
p/s : badan terase sengal2.. memang fasa mula latihan selalu begitu

D-Day + 1
bangun awal pagi. mandi dan sarapan sedikit.
pagi ini adalah PT (physical Training) dengan tong peluru (atau istilahnyer disini 'pemadam')
mencabar ya kerana tong peluru sangat berat.. tapi ia perlu. untuk kekuatan tangan. dan mental.. heheh
selesai pt, tukar baju dan berlari ke C5, sebelum itu ambil projektor dari ALK. dengan kotak itulah berlari2 anak sehingga sampai ke blok C5. kelas pada sebelah pagi adalah mengenai elaun dan gaji. selepas breaknafi(betulke eje nie) kelas diteruskan dengan taktikal platun. sebelah petang adalah pratikal kepada kelas taktikal itu. pengajaran berupa teori dan pratikal adalah amat sesuai kerana ia menguji sejauh mana kefahaman kita mengenai sesuatu topik
Selesai kelas, latihan eco challenge bermula. Ap yang menarik junior '08 telah mencipta sorakan hebat. sebelah malam turut diadakan latihan. kami kesuntukan masa untuk persedian fitness. ia berbeza dengan acara jalan laju suatu ketika dulu.
p/s:malam tadi sebelum tido dikejutkan dengan panggilan telefond ari orang yang tidak dikenali.. hmmm...

D-Day+2
Hari ini.. bangun terawal sedikit iaitu pukul 4
tapi ngelat2 kol 5.30 bru mandi.. hehehe.. makan sarapan dan solat subuh macam biase
kul 7, UKA (ujian kecergasan am) iaitu:
  • lari 2.4km
  • mendagu (heaving)
  • shuttle run (4x10m)
  • sit up
  • Lompat setempat
selesai UKA, berehat. dan terus ke c5 untuk kelas persediaan mengajar. setiap pelajaran yang diberikan terutama sekali ketika berkhidmat di unit, JL perlu menyediakan rancangan mengajar. macam cikgu2 jugaksebab saye anak cikgu, cikgu2 perlu menyediakan rancangan mengajar harian dan perlu dihantar kepada Gb untuk diperiksa. setiap hari tu. jenuh nak fikir ya. kalau main2 kene mengadap GB plak ye.
Sebelah petang adalah kelas yang menarik. topiknye ialah Nuclear, biological and chemical warfare. tapi mengejutkan jugak, lebih dari 5 negara di dunia mempunyai sistem persenjataan yang warheadnye adalah nuklear. ia tercetus dengan formula E=mc² oleh Albert Einsten. tapi ilmu itu disalah erti dengan menggunakannya bagi mencipta satu alat pemusnah yang mengorban berjuta manusia.
sebelah petang adalah latihan eco challengeminum ayak halia rase lege jek. beberapa taktik diatur. sebab kami bukan sahaja membawa diri sendiri, malah dengan 3 barang ajaib
  • tayar 3 tan
  • tong peluru
  • log
malam tadi ad sedikit taktikal planning dari pengurus pasukan.
dan saya disini. menulis sedikit. bagi merevise sedikit pelajran sebelum terlupa.
oh Dr mohd fadzillah kamsah. yang pentingnya mengulangkaji pelajaran dalam 24 jam peljaran itu diambil. penting kan!
oklah. malam dah tue. esok pasti mencabar kan!
apapun jom solat Isya' dan ninok.

wassalam..

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati