Assalamualaiikum..
Sebab sembang ngan khai.. oh ye die dah ad blog baru.. kawan² sile lah melewati blog khai yek di http://kaenua.blogspot.com/.. huhu..

ini lah saye ngan khai.. waktu masih remaja yek..

sembang ngan khai, terkezut jgak fact yg die kac..
menurut doc Khai yek.. purata lelaki hanya mengeluar 5000 patah perkataan sehari.. 20000 ialah pihak wanita yek.. banyak 2.. kire lelaki nie kurang kuat sembang.. apakah?

Syyy... Siapa kuat berahsia?

Oleh Fairuz Zaidan

Lelaki, wanita ada sebab diam diri

KATA orang, biar serapat manapun hubungan suami isteri, pasangan kekasih mahupun rakan baik - pasti ada rahsia, maklumat atau kisah tertentu yang enggan dikongsi bersama.

Biarpun komitmen pasangan rapat atau insan tersayang antara lain menyentuh fasal saling percaya mempercayai dan berkongsi segala hal, namun dek sebab tertentu, ada yang memilih memendam cerita dalam hati.

Faktor peribadi dan prinsip dikatakan menjadi antara sebab mengapa segelintir pihak mengambil sikap berdiam diri dan enggan berkongsi maklumat.


Selain masalah diri, ada juga rahsia orang lain yang dianggap terlalu peribadi untuk dikongsi. Atas sebab amanah dan tidak mahu digelar si mulut murai, rahsia kekal menjadi rahsia.

Kolum XY vs XX minggu ini mencari jawapan siapa sebenarnya lebih suka berahsia? Benarkah lelaki lebih layak dipercayai untuk menyimpan rahsia atau betulkah wanita pandai mengorek berita?

Hafifa Shafira Hamedi Zaidi, 21, kerani jualan

“DALAM hal ini, saya rasakan lelaki lebih suka berahsia berbanding perempuan. Mungkin kerana sifat lelaki tidak suka menghebohkan sesuatu perkara.

“Selain bimbang banyak muslihat andai menceritakan kepada orang lain, lelaki juga lebih gemar merahsiakannya daripada pengetahuan umum.”

Ahmad Norfarhan Khalid, 24, pegawai

“TENTULAH lelaki yang lebih berahsia kerana golongan ini memang sukakan privacy berbanding menceritakan sesetengah perkara kepada orang lain.

“Sudah menjadi tabiat lelaki untuk bercakap benda yang perlu saja lalu hal remeh temeh dipendamkan saja.”

Badrul Hisyam Zakaria, 24, guru

“MENJADI tabiat semula jadi lelaki untuk tidak meluahkan perasaan, apatah lagi berkongsi cerita dan rahsia kepada orang lain.

“Berat bagi lelaki untuk berkongsi maklumat apatah lagi rahsia yang terlalu peribadi. Bagi lelaki, memendam rasa adalah langkah terbaik. Tidak tahulah perempuan bagaimana pula?”

Syarul Mazlee Mohd Ali, 26 juruteknik awam

“LELAKI lebih banyak mendiamkan diri daripada menyentuh pelbagai isu berkaitan peribadi. Lelaki juga biasanya mengelak untuk mencampuri pelbagai urusan dan memanjangkan sehingga membawa masalah.

“Mendiamkan diri serta menyelesaikan masalah secara sendiri adalah jalan terbaik daripada menceritakan sesuatu hal itu kepada orang lain.”

Siti Hajar Musa, 27, pembantu tadbir

“TERPULANG kepada individu itu sendiri sama ada selesa untuk memendam rasa dan menyimpannya sebagai suatu rahsia.

Saya dapat rasakan yang wanita lebih berahsia kerana tidak mahu sesuatu masalah itu dikongsi bersama orang lain kerana bimbang rahsia terbongkar.”

Raazwani Mahmud, 23, guru

“FAKTOR sukar mempercayai kejujuran orang lain antara sebab wanita lebih cenderung berahsia berbanding menceritakan sesuatu masalah itu kepada orang lain.

Bukan mudah untuk menceritakan sesuatu topik itu kerana bimbang dengan maklum balas dan sikap amanah mereka.”


petikan dari bahagian xy berita harian..
ok ok.. yuk stadi..

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati