Assalamualaikum..
pg tadi bgn awal.. kemas barang
pas2 makan2 sume. siap2.. gerak ke kem 0915.. sampai di kem 1015..
lepak2 kejap.. pas2 baris semula 1200
siap baris solat.. mamam masakan ibu..
pas2 kilat kasut.. dan baris di dataran wawasan 1530
ad aerobic run.. pas2 balik..
dah makan tadi kat mess..
jap g rollcoll..
apa akan terjadi esok.. hmmm...
wassalam..
Archives
Assalamualaikum..
Malam tadi, Final Penyampai Ikon mungkin agak mengujakan sedikit pelajar UPNM khususnye INtake 2007.. beberapa jeritan(kononnye pum pum girl) kat blok serikandi sebla QM lame tue kedengaran hinggga mengganggu kosentrasi dak2 nie stadi complex variable.. cit..
well.. tahniah pada Aina yek.. kitowang msh bengong2 kat dalam nie.. ko kat luar kete dah ad.
pesan aku.. wat lah lesen cepat2 yek...
Aina Suzaily juara Penyampai Ikon
Oleh JESSABELL SOOKUALA LUMPUR – Kebijaksanaan dan kepetahan berkomunikasi telah berpihak kepada Aina Suzaily M. Zailanny, 20, untuk bergelar juara Penyampai Ikon pertama RTM.
Menjadi wajah baru ikon RTM, Aina membawa pulang kereta Proton Saga BLM bernilai RM38,000, wang tunai RM6,000, trofi serta sijil pada Malam Anugerah Penyampai Ikon yang bersiaran di TV2 secara langsung dari Panggung Sari, Istana Budaya, pukul 8.30 malam tadi.
Keputusan diumumkan oleh Pengetua Kolej Penyampai Ikon, Yusanani Yushak.
Hadiah dsampaikan oleh isteri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datin Seri Utama Maznah Rais yang diiringi oleh Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya serta Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Wira Kamaruddin Siara.
Program realiti TV itu yang berkonsepkan pengacaraan dan wartawan penyiaran itu telah menyaksikan enam finalis bersaing termasuk Khairul Faizi Dalaiil, 23; Beatrice Krishnan, 23; Mohamed Shahril Sarapudin, 21; Siti Aisyhah Baslie, 24, dan Hazel Desmond, 26.
ok lah.. tue saje untuk hari ini.. sambung stadi..
p/s : sejak akhir2 nie aktif balik blogging. isk2...
Assalamualaiikum..
Sebab sembang ngan khai.. oh ye die dah ad blog baru.. kawan² sile lah melewati blog khai yek di http://kaenua.blogspot.com/.. huhu..
menurut doc Khai yek.. purata lelaki hanya mengeluar 5000 patah perkataan sehari.. 20000 ialah pihak wanita yek.. banyak 2.. kire lelaki nie kurang kuat sembang.. apakah?
Syyy... Siapa kuat berahsia?
Oleh Fairuz Zaidan
Lelaki, wanita ada sebab diam diri
Faktor peribadi dan prinsip dikatakan menjadi antara sebab mengapa segelintir pihak mengambil sikap berdiam diri dan enggan berkongsi maklumat.
KATA orang, biar serapat manapun hubungan suami isteri, pasangan kekasih mahupun rakan baik - pasti ada rahsia, maklumat atau kisah tertentu yang enggan dikongsi bersama.
Biarpun komitmen pasangan rapat atau insan tersayang antara lain menyentuh fasal saling percaya mempercayai dan berkongsi segala hal, namun dek sebab tertentu, ada yang memilih memendam cerita dalam hati.
Selain masalah diri, ada juga rahsia orang lain yang dianggap terlalu peribadi untuk dikongsi. Atas sebab amanah dan tidak mahu digelar si mulut murai, rahsia kekal menjadi rahsia.
Kolum XY vs XX minggu ini mencari jawapan siapa sebenarnya lebih suka berahsia? Benarkah lelaki lebih layak dipercayai untuk menyimpan rahsia atau betulkah wanita pandai mengorek berita?Hafifa Shafira Hamedi Zaidi, 21, kerani jualan
“DALAM hal ini, saya rasakan lelaki lebih suka berahsia berbanding perempuan. Mungkin kerana sifat lelaki tidak suka menghebohkan sesuatu perkara.
“Selain bimbang banyak muslihat andai menceritakan kepada orang lain, lelaki juga lebih gemar merahsiakannya daripada pengetahuan umum.”
Ahmad Norfarhan Khalid, 24, pegawai“TENTULAH lelaki yang lebih berahsia kerana golongan ini memang sukakan privacy berbanding menceritakan sesetengah perkara kepada orang lain.
“Sudah menjadi tabiat lelaki untuk bercakap benda yang perlu saja lalu hal remeh temeh dipendamkan saja.”
Badrul Hisyam Zakaria, 24, guru
“MENJADI tabiat semula jadi lelaki untuk tidak meluahkan perasaan, apatah lagi berkongsi cerita dan rahsia kepada orang lain.
“Berat bagi lelaki untuk berkongsi maklumat apatah lagi rahsia yang terlalu peribadi. Bagi lelaki, memendam rasa adalah langkah terbaik. Tidak tahulah perempuan bagaimana pula?”
Syarul Mazlee Mohd Ali, 26 juruteknik awam
“LELAKI lebih banyak mendiamkan diri daripada menyentuh pelbagai isu berkaitan peribadi. Lelaki juga biasanya mengelak untuk mencampuri pelbagai urusan dan memanjangkan sehingga membawa masalah.
“Mendiamkan diri serta menyelesaikan masalah secara sendiri adalah jalan terbaik daripada menceritakan sesuatu hal itu kepada orang lain.”
Siti Hajar Musa, 27, pembantu tadbir
“TERPULANG kepada individu itu sendiri sama ada selesa untuk memendam rasa dan menyimpannya sebagai suatu rahsia.
Saya dapat rasakan yang wanita lebih berahsia kerana tidak mahu sesuatu masalah itu dikongsi bersama orang lain kerana bimbang rahsia terbongkar.”
Raazwani Mahmud, 23, guru
“FAKTOR sukar mempercayai kejujuran orang lain antara sebab wanita lebih cenderung berahsia berbanding menceritakan sesuatu masalah itu kepada orang lain.
Bukan mudah untuk menceritakan sesuatu topik itu kerana bimbang dengan maklum balas dan sikap amanah mereka.”
petikan dari bahagian xy berita harian..
ok ok.. yuk stadi..
Assalamualaikum,
sekarang nie musim periksa ya.. sangat amat terlalu sibuk..
jadi belog nie memang xnmpk hapdet pon.. sori la kepada sape yg masuk tengok post same tak berubah-ubah..
Ad byk nk upload, raye, gi kapal russia, ntah.. memacam ag
nnt2 la yek..
ok sampai sini..
enjoy shoutboxing..
err.
16-11 complex variable math III
18-11 Strength of Variable
19-11 Material Science
doakan untuk 3 paper ag nie ye...
salamx...
ini saya..
kata-kata mu, luahan kita, bingkisan saya..
buah fikir kita senantiasa berbeda..
tapi jiwa tetap sama..
kita insan dan hamba..
Mechanical Engineering
UPNM, Sg. Besi, KL
bicara mereka..
masa
TaRiKh..
itu mereka..
-
Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi4 years ago
-
-
-
-
saya seorang pemalas ;p12 years ago
-
-
Sibuk12 years ago
-
Selamat Hari Raya...!13 years ago
-
Trip to Ilham Resort, PD13 years ago
-
agak lucu membaca catatan ni13 years ago
-
the other khairul anwar…14 years ago
-
-
Back15 years ago
-
tiada kerja.suka-suka15 years ago
-
-
-
-
-
-
-