Assalamualaikum,

Ada beberapa kawan2 yang selalu datang untuk repair laptop ngan saya.
Selalunye masalah yang timbul bagi saya adalah untuk clean virus dan edit registry.
Kite mulakan dengan masalah virus dulu
Virus die selalunya akan attack komputer pada partition system dalam hard disk kite.. selalunya kat C:. kalau kamu ingin format komputer, seelok2nya sediakan 2 partition.
partition tu apa?
Partition adalah pembahagian hard disk kepada beberapa bahagian. kalau mengikut standard, biasanya windows akan membenarkan pembahagian hard disk sebanyak 4 bahagian.
bagi saya, 2 atau 3 sudah memadai.
Kalau anda tidak membuat partition, mungkin anda akan menghadapi masalah apabila virus attack c: kerana anda tidak akan mempunyai backup.. dan sayang.. burn sume fail anda..
kesian....

Signature virus sentiasa berubah. kalau ada orang kate belilah antivirus yang tak payah update.. entah lah.. susah saya nak cakap.. orang makin pandai. so antivirus kene lah lebih pandai dari virus 2 kan.. update antivirus adalah perlu.. sangat2 perlu.. ambil sedikit masa untuk itu.. dan, jangan lah kedekut sangat nak keluarkan duit beli antivirus original. xmahal sangatlah kalau setakat 25 ke 30 hengget untuk satu tahun punyer protection kan. cadangan saya adalah kaspersky antivirus. sebab setakat nie dah 2 tahun saya pakai, tak pernah problem.. yang lain macam norton 360, itu mahal skit lah tapi masih bole dipakai.. bit defender.. hmmm.. agak slow skit.. bit defender murah lah.. kalau panda antivirus.. saye tak pernah cube..
ada juga orang pakai nod32 eset antivirus. tapi senang jek kene detect virus. nod32 kelebihan die auto scan pendrive kite bile plug in..

Tapi antivirus hebat macamana pon kene amik langkah keselamatan waktu masuk pendrive.
1. tekan shift, jangan lepas
2. masukkan pendrive.
3. masih jangan lepaskan shift, tunggu pendrive habis install.
4. bile sume dah selesai, pergi kat my computer, klik kanan kat pendrive, pastu scan for virus
5. habis scan baru kamu leh pakai pendrive itu.

Kalau saya ada masa saya akan tambah lagi info lain.
Sekian. Wassalam.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati