Assalamualaikum,
setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. yang pergi akan tetap pergi.. yang tinggal dengan kita, amal takwa, doa anak soleh..
Dah nak berbuke nie.. takper la.. kejap ajek.
hujan lebat kat luar skang nie..
emm... tadi waktu beli kuih koci kat kafe nk wat juadah bukak pose, tibe2 hanif, kawan saye seMRSM sir think sape la.. tak sangke die bawak bite yang kawan kami waktu skool dulu meninggal.. dan tak sangke lak die, hafifi.. hafifi seingat saye pernah blaja sama dalam satu kelas.. waktu tue kelas ibnu sina dah dibubarkan sebab orang skit sangat.. so masuk kelas kami, 3 Al-Haizam.
nie ad keratan akhbar pasal pemergian dia..
Seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditemui lemas dalam kolam renang di kampus itu di Gombak pagi ini.Al Fatihah untuk die.. semoga rohnya diberkati Allah..
Mayat Mohd Hafifi Hazwan Mohd Adnan, 20, ditemui pada 3 pagi dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata pelajar tahun pertama itu dilaporkan mandi di kolam bersama-sama empat rakannya selepas bermain futsal.
"Dia dipercayai tidak pandai berenang," katanya.
Ibu mangsa Norma Abdulah, 40-an, berkata beliau terkilan kerana tidak sempat untuk berpuasa bersama anaknya pada Ramadan tahun ini dan berhari raya bersama-sama.
"Malam pertama puasa sebelum sahur, arwah ada menelefon makcik dan memberitahu akan pulang pada hari raya nanti malah dia turut berjanji mahu membeli baju raya untuk adik-adiknya," katanya ketika ditemui pemberita selepas solat jenazah di Masjid UIAM di sini.
Norma berkata beliau mendapat panggilan mengenai kematian anaknya itu daripada pihak pengurusan universiti pada 3.30 pagi dan beliau sekeluarga bergegas dari rumah mereka di Jerteh, Terengganu.
Mohd Hafifi Hazwan, pelajar tahun pertama kursus kejuruteraan UIAM, merupakan anak kedua daripada lapan adik beradik.
Jenazah Mohd Hafifi Hazwan akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Alor Lintah, Jerteh, Terengganu, pada malam ini.
Sahabat karib Allahyarham, Muhamad Izad Yusof, 20, berkata selepas penat belajar pada kira-kira 1.30 pagi ini, mereka membuat keputusan untuk bermain futsal di kompleks sukan universiti itu.
"Habis bermain dalam pukul 2.30 pagi, pengawal keselamatan minta kami pulang kerana waktu sudah lewat. Jadi kami ikut arahan dan pulang ke hostel berkongsi menaiki motosikal tetapi Mohd Hafifi Hazwan telah mendahului rakannya yang lain kerana menunggang bersendirian," katanya.
Bagaimanapun, katanya, semasa ke hostel, mereka terdengar jeritan meminta tolong dari arah kolam renang dan terkejut apabila mendapati Mohd Hafifi Hazwan di dalam kolam renang itu.
Muhamad Izad berkata mereka berempat cuba sedaya upaya menolong mangsa namun gagal kerana mangsa tenggelam dan keadaan menjadi semakin sukar kerana kawasan kolam renang itu agak gelap sebelum mendapatkan bantuan pengawal keselamatan.
Beliau berkata sepanjang perkenalannya dengan Allahyarham, Mohd Hafifi Hazwan merupakan seorang rakan yang baik.
"Dia aktif dalam bersukan dan seorang yang ramah. Pemergiannya dalam bulan Ramadan adalah satu kehilangan besar buat kami dan saya akan ingat tragedi ini sampai bila-bila," katanya. BERNAMA
MUngkin tak sampai hajat mak die kan.. aku.. lagi2 kat sini yang banyak risiko.. bile-bile kalau Allah nk jemput.. tapi, aku selalu doa aku kuat, lepas study aku dengan result baik. commission sebagai seorang pegawai airforce, masuk unit, dan jadi officer yang ada kualiti. aku nak ibu, abah, along, angah, ayang dan ayoi rase rezeki titik peluh aku..
Ya Allah.. semoga aku kuat...
Amin...
Wassalam..
p/s: jom buke pose^^
: lame gile xposting.. huhu^^
4 comments
Comment by farah nasiha suhaili on September 5, 2009 at 10:06 PM
arwah kawan kaw eh.
takziah weh.
kitorg kat sini dga berita tu pon tkejut gle.
btw berita tu dari keratan akhbar ape eh?
Comment by (to be) Ir. Nizam on September 8, 2009 at 11:00 PM
haah.. nie pon ak dapat tahu dari member saing ak kat sini..
berita nie pon ak dapat kat berita harian and reuters..
Comment by Ar-Rijal on September 25, 2009 at 4:21 PM
salam.
nizam.tajul ni.aku baru je terbace sbnrnye.innalillahwainailaihiraji'un...kematian memang Allah da tetapkan waktunya.
salam hari raya
cetusanminda.wordpress.com
Comment by (to be) Ir. Nizam on October 6, 2009 at 1:12 PM
Salam hari raya juga.. kite doakan same2 lah roh arwah dicucuri rahmat ya..
Post a Comment