Ayoi haritu ada apply uitm.. skang die kat uitm merbok, nun kedah sana.. waktu intbw die bwat kat uitm lendu.. saye baru bace berita pasal uitm lendu.. terkejut. mgkn hikmah aoi lebih better kat merbuk sanne kan.

ALOR GAJAH: Proses penutupan sepenuhnya secara sementara Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Melaka di Lendu, dekat sini, susulan penularan wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1) dijangka selesai seperti dijadualkan kira-kira jam 12.30 tengah hari ini.

Pengarah UiTM Kampus Melaka, Prof Madya Datuk Dr Mizan Hitam, berkata sehingga petang semalam, kira-kira 70 peratus daripada hampir 5,800 pelajar yang mendiami kampus berkenaan sudah keluar dan pulang ke rumah masing-masing.

"Ibu bapa yang belum mengambil anak masing-masing, diharap segera berbuat demikian, manakala bagi yang jauh, kita sedang berusaha membantu menghantar mereka," katanya sini, semalam.



"Bagaimanapun kita tidak akan menghalang mana-mana pelajar yang sihat untuk kekal berada di sini, tapi perlu memaklumkan kami," katanya ketika ditemui di pejabatnya di UiTM Kampus Melaka di Lendu, dekat sini, semalam.

Arahan penutupan UiTM Kampus Melaka ini dikeluarkan Kementerian Kesihatan petang kelmarin, selepas Pengarah Kawalan Penyakitnya, Datuk Dr Hassan Abdul Rahman mengesahkan 13 pelajar universiti sudah dijangkiti wabak berkenaan.

Mengulas lanjut, Mizan berkata, berikutan penutupan sementara itu, semua aktiviti di universiti itu turut diberhentikan, manakala 371 tenaga akademik dan 269 pegawai serta kakitangan pentadbiran juga sudah diarah bercuti sehingga 24 Julai ini sebagai mematuhi arahan Kementerian Kesihatan.

Katanya, susulan penutupan kampus berkenaan, kerja pembersihan membabitkan 15 kolej kediaman termasuk 10 yang didiami pelajar perempuan akan dimulakan pada Isnin ini, sebelum disusuli di semua bilik tutorial dan dewan kuliah.

Sementara itu, tinjauan Berita Harian di universiti itu, mendapati semua kolej kediaman hampir kosong termasuk kawasan pengasingan, apabila ibu bapa secara sukarela datang mengambil anak masing-masing.

Seorang bapa pelajar, Yusof Mohd Tahir dari Seremban, memuji sikap prihatin pengurusan UiTM yang cepat bertindak mengawal penularan wabak berkenaan walaupun ia dilakukan dalam tempoh singkat dan serta merta.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati