Assalamualaikum..
skarang saye ad kat skool ibu.. kebetulan upnm, universiti terchenta saya telah ditutup selama seminggu (22/7 - 28/7) gara-gara penyakit h1n1 yang menular di kalangan pegawai kadet dan pegawai kadet PALAPES. xsangke plak die leh merebak sesame kami lak. mungkin tabiat suke berkongsikate sorang sahabat ni la di kalangan pegawai kadet adalah biase.. minum water cooler, cawan tinggal situ.. pastu orang len lak minum, pastu ntah2 bangla cuci toilet tue pon minum same.. hehehe... nk kate memang la agen penyebaran di upnm nie kuat.. sakit sorang sume kene.. gaya ape..

cerita selanjutnya saye petik dari akhbar kosmo hari nie.

H1N1: Kampus UPNM, MTD tutup

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan mengesahkan 60 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) di sini didapati positif wabak selesema babi (H1N1).

Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad berkata, penularan wabak tersebut berpunca daripada seorang pensyarah yang baru pulang dari Melbourne, Australia.

"UPNM dan MTD kini ditutup selama seminggu dan pelajar-pelajar terbabit dikenakan kuarantin di rumah dan kami akan mengikut nasihat daripada Kementerian Kesihatan sehingga tempoh kuarantin tersebut selesai," katanya ketika dihubungi malam tadi.

Sehubungan itu, semua perjalanan keluar masuk ke UPNM dan MTD diperketatkan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan semua prosedur operasi standard turut diambil.

Sementara itu, kelas Lima Lotus, Sekolah Kebangsaan Subang Bestari, Shah Alam turut ditutup mulai semalam sehingga 27 Julai ini berikutan 15 pelajar kelas itu mengalami tanda-tanda selesema babi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tiga kes baru dikesan semalam iaitu dua kes import dan satu kes tempatan menjadikan mangsa H1N1 kini meningkat kepada 877 kes.
-akhbar kosmo 22 julai 2009-


sehubungan dengan itu saye melampiaskan diri saya pada ibu dengan repair die kat skool ibu n berehat2 sambil men fb kat kom skool ibu.. ahahahaha.... sunok2.
pada kengkawan sume dari course meki.. selamat bercuti.. yang blaja termo dari 'papa' terchenta korang leh la dapat rest seminggu nie.. tenangkan fikiran k.

daaa.. wassalam..
p/s: achik sihat ye along, angah, ayang, ayoi.. oh ek, acik gi sungai petani.. hantar pc ayoi dis wek.. tata! upnm terchenta.. cewah...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati