Archives

Bulan Rejab.. Hadirmu membawa sinar..


Assalamualaikum.. 
tup tap tup tap.. tak sangke kan kite dah di dalam bulan rejab.. bulan yg dijanjikan oleh Allah rahmat yang melimpah ruah kepada sesiapa hambanya yang beribadat dalam bulan ini..
lepas nie syaaban.. pas2 ramadhan.. tak terase mase begitu pantas berlalu...
tak terase kene 'sideroll', 'foxroll'.. berputar² dengan pantasnye.. begitu juge dengan mase kite..
ad satu bingkisan yang diambil dari blog seorang sahabat
die kate:

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ni."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."


sama2 kita berusaha meningkatkan amalan kita sepanjang bulan ini.. semoga kita senantiasa diberkati dan diredhai Allah kan.. InsyaAllah

Wassalam..

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

takziah.. buat ssjn khairul dan sekeluarga

Assalamualaikum..
Kita merancang, Allah menentukan..
Setiap yang hidup pasti pergi..
Setiap yang nyawa pasti akan merasa mati..
mati menjemput kita, ditempat yang tak terduga..
Seperti dari Rasulullah S.A.W, yang paling dekat dengan kita itu mati..
Maka bersedialah wahai sahabat....

Ibu, bayi maut dalam nahas di Machang

MACHANG: Seorang wanita dan bayinya berusia lima bulan maut, manakala suami dan dua lagi anak mereka parah apabila kereta yang mereka naiki merempuh penghadang jalan di Kilometer 47.5 Jalan Kuala Krai-Kota Baharu dekat Pangkal Petai di sini, awal hari ini. 

Rusnira Ariffin, 32, yang tersepit dalam kereta itu, mati di tempat kejadian dengan bayinya, Mohd Adam Danish Mohd Khairul Anwar, mati dalam pelukan. 

Suaminya, Mohd Khairul Anwar Mohammad, 36, dan dua lagi anak mereka Mohd Aniq Dania, 9, dan Mohd Airiq Darwish, 7, kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab di Kota Baharu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, ASP Loo Lian Lay, berkata nahas berlaku pada jam 3.20 pagi ketika keluarga itu yang tinggal di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur, dalam perjalanan pulang ke kampung di Wakaf Baharu di sini. 

"Mohd Khairul Anwar yang juga anggota tentera berpangkat Sarjan mahu menghantar isteri dan anak-anaknya pulang ke kampung kerana beliau akan menyertai latihan ketenteraan di Melaka," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Beliau berkata, kereta Proton Waja yang dipandu Mohd Khairul Anwar dikatakan terbabas sebelum merempuh penghadang jalan menyebabkan kereta yang dinaiki keluarga terbabit remuk teruk.

"Anggota polis dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Machang mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengeluarkan dua mangsa yang tersepit dan mayat mereka dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat," katanya. 

Loo berkata, siasatan awal mendapati pemandu kereta terbabit dipercayai memandu dalam keadaan mengantuk. 

Sementara itu, kakak Rusnira, Rosniza Ariffin, 39, berkata keluarganya mengetahui kemalangan itu pada kira-kira jam 4 pagi selepas menerima panggilan orang ramai yang menghubungi mereka. 

"Kami bergegas ke tempat kejadian sejurus selepas mengetahui berita itu dan sedih melihat Rusnira bersama bayinya mati dalam keadaan tersepit," katanya yang terkilan kerana hajat untuk bercuti bersama selama seminggu bertukar tragedi ngeri.

Rosniza berkata, kali terakhir beliau menemui adiknya itu ialah kira-kira lima bulan lalu ketika dia melahirkan bayinya itu. 

Beliau berkata, Rusnira sempat menghubunginya pada kira-kira jam 9 malam Rabu untuk memberitahunya yang mereka dalam perjalanan pulang dari Sungai Besi. 

"Sehingga petang ini, adik ipar saya dan dua lagi anaknya masih tidak diberitahu mengenai kematian isteri dan bayinya kerana bimbang keadaan mereka yang masih belum stabil. 

"Arwah Rusnira dan bayinya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Bharu selepas solat Asar," katanya. - Bernama 

berita harian - 5/6/2009


These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

pt pagi dan military class

Assalamualaikum..
Sejak akhir² nie pancit skit..
xshempat nk hapdet blog.. besela.. dalam sem ketenteraan..
wish me luckthrough these hard obstacles..
i will go camping by the end of dis work.
al sort of important thin' had been done..
tomorrow will be one of my big day as i'm going to the ic..
sangat kejam mereka meletak namaku.. ishk...
ala lapor tyme pt n kelas.. ok aje kot..
Ok..
sebelum ku akhir..
lawa xblog shaye..
huhu^^
wassalam..
pen off!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati