Assalamualaikum..
Semacam jek name tajuk nie.. ngee...^^

EXAM DAH HABISSS!!!!!!!!!!!!!!!!!!

suke la muhammad nizamuddin nie.. mane tidaknyer.. setelah bertukar ke mate kaleidoskop sasuke.. akhirnye jadi cam naruto balik.. normal.. gile ap blaja sampai kol 3 pg.. mmg kuliyah subuh x g gamaknyer.. huhu^^ (maafkan ak pedal)

neway xm ok la.. mintak sangat subjek yg ak suke tue a.k.a c++ ak score.. InsyaAllah.. untuk math ak cube memantapkan basic.. thanx kat puan yus.. die banyak support ak dari ak kat asasi ag.. pelikkan lecturer physics sowang nie leh tlg calculus. even basic pon ak leleh ak nak paham.. Haha.. the rest.. a.. lu pk la sendiri

Hari nie.. ak tlg reen 4 her math, one of my friends kat studython mersing. ngee.. byk yg ak xblaja ag.. but since die tanyer.. ak dapat byk input pasal calculus III.. ye la.. pelajaran yang terbaik adalah berasaskan pengalaman.. dan kite kene wat mende 2.. ak xpernah paham pon pasal exponential growth and decay.. rupenyer bender tue kite stadi wak2 blaja reaction dalam chemistry.. ishk.. form 5 dulu da blaja.. camne pak cik leh lupe.. since then.. ilmu yg kite tak amalkan tu la akan berkarat.. so ilmu adalah sepanjang hayat.. blaja untuk pekse.. xkan jadi apa2.. masuk unit biul jgak.. ngeee...

k.. kite sambung nnti.. subil blog ak.. puji lebih ag kat halo,O corner k! wahahahaha....

ngee sahabat.. sumthin to share!


Untuk renungan.

Rezeki ada dimana-mana cuma bezanya cara kita mendapatkannya. Hujung minggu bila ada kesempatan aku akan berjoging sambil menikmati keindahan dan
mencuci minda dan mata. Dalam situasi yang masih pagi di panahi sinaran suria yang lembut. Emmm terasa indahnya dengan embun yang masih basah di rumput, bersinar dek panahan suria. Walau pun keindahan alam yang hijau hampir di bogelkan oleh pembangunan tapi masih ada ruang untuk beriadah.
Mata ku liar memandang di sekitaran, kini tiba menyusuri di satu taman perumahan, aku terus berlari kecil. Dari jauh terlihat empat orang sedang sebok membuat sesuatu di tepi dua buah tong yang besar. Aku juga dah tahu apa yang mereka lakukan. Jadi aku
membuka ikatan tali kasut kasut dan terus berlari-lari kecil menuju ke arah mereka. Bila
tiba di lokasi aku berhenti dan mengikat tali kasut semula. Sambil aku memberi senyuman pada mereka, mereka hanya memandang aku sahaja tanpa respon. Aku kira seorang ibu sedang mengeluarkan sampah dari dalam tong yang besar tanpa mempedulikan kehadiran aku di situ, seorang gadis remaja sedang mengasingkan sampah-sampah dan dua orang kanak-kanak kecil memasukan barang-barang yang telah diasingkan mungkin kakak mereka. Bila aku amati wajah mereka seiras semuanya. Kanak-kanak itu kelihatan gembira sambil mereka bergurau, wajah yang mulus itu dan tangan yang kecil terus memasukan barang-barang ke dalam plastik hitam, ingin aku berbual dengan mereka tapi tak tahu bagaimana nak mulakan, tali kasut telah ku ikat kemas. Ibu mereka kelihatan berpeluh membasahi badan, tapi beliau masih tertumpu dengan kerjanya, banyak tin minuman kosong yang di keluarkan juga ada permainan kanak-kanak.
Akhirnya aku menanyakan pada kanak-kanak itu di mana ada warung, salah sorang kanak-kanak itu menunjukan kearah hadapan, dan aku dengan perlahan
meninggalkan mereka .Betapa gigihnya mereka mencari rezeki tanpa mengira apa-apa risiko, bukan senang untuk meneruskan hidup ini, tapi ibu ini begitu tabah mengharungi hidup ini, aku kira beliau terpaksa membawa anak-anak yang kecil demi keselamatan mereka. Aku kira kalau aku berada di tempat beliau aku juga akan membawa anak-anak daripada ditinggalkan sendirian di rumah.
Tujuan aku memaparkan kisah benar ini hanya untuk kita renungan bersama, bukan semua orang boleh dan mampu hidup dengan senang, cuma andainya kita rasa kita hidup susah, masih ramai di luar sana yang lebih susah dari kita, anak-anak anda mengenal apa itu kfc atau md dan memakai pakaian yang berjenama juga kasut yang menjadi kegemaran kanak-kanak, tapi masih ada yang berselipar jepun kerana mereka tak mampu dan tak tahu apa itu jenama-jenama.
Hanya ini yang dapat aku paparkan, dan harap maaf kiranya kisah ini ada yang tidak suka, sebab pernah satu ketika dulu aku pernah paparkan satu kisah yang bagi aku terlalu mencuit hati, tapi ada yang tidak suka. Ini semua untuk mengingatkan diri aku sendiri dan untuk teman-teman yang sudi. Tiada ajenda jahat dalam artikal ni...hanya renungan.
Berusaha Mencari Rezeki
Hadith :
Rasulullahs.a.w bersabda, maksudnya:"Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam."
Riwayat At-Tabrani
Huraian
Pengajaran Hadith:

i) Sesungguhnya Allah S.W.T amat kasih kepada orang yang berusaha atau bekerja mencari rezeki dengan titik peluh sendiri di mana dengan itu dia dapat memenuhi keperluan dan tanggungjawabnya terhadap diri, keluraga dan masyarakat. Malah kedudukannya adalah lebih baik daripada bersikap pemalas dan meminta-minta daripada orang lain.

Ii) Allah telah menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil daripada kerja tekun dan dedikasi. Inilah antara maksud jihad yang dituntut oleh Islam.

iii) Kita perlu ingat bahawa hanya rezeki yang halal sahaja mesti dicari kerana di situlah letaknya keberkatan dan ganjaran daripada Allah S.W.T. Sedangkan rezeki yang diambil daripada punca yang haram seperti rasuah dan sebagainya, lambat laun akan menimbulkan kecelakaan dan masalah dalam hidup bukan sahaja di dunia malah di akhirat.

artikel dari shania opal.. my pal.. InsyaAllah mendapat berkat..
SAlamx! enjoy shout at haloo.. k!




These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati