SAlaM-x.. meh ambo nak ghoyak pasal nate budu nie.. owh.. hebat sungguh..

Rahsia Budu Terbongkar

Contributed by zulkifleesdk

KesihatanBudu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang

diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.

Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia

ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat

Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-

baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan

antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh

(immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang

kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini

memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu

menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif sep

erti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan

selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu

turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea| cirit (diarrhoea)] ,

penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan

oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses

dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak

yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan

pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan

berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta

menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia

merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-

neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut

bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab

utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang

dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air

(vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan

lain sep erti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid

pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin) . Secara

saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh

bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin

B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan

daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah,

di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia

perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per

100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih

cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12

para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan

kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral

makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan

magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu.

Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan

antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi

pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang

mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi

sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan

kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang

dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan

di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur

antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2

jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi

isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan

isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat

menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu

terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh

darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu

satu keadaan yang disebut aterosklerosis.. Ini mungkin disebabkan oleh faktor

usia, pemakanan, jantina dan keturunan.. Manakala faktor dimodifikasi adalah

peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ), hipertensi, obesiti,

stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat

hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) sep erti kandungan protein, serta

makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang

dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu

dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali

sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu

mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan

kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu

lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali

bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan

nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu

seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh

badan.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati