Bulan Rejab.. Hadirmu membawa sinar..


Assalamualaikum.. 
tup tap tup tap.. tak sangke kan kite dah di dalam bulan rejab.. bulan yg dijanjikan oleh Allah rahmat yang melimpah ruah kepada sesiapa hambanya yang beribadat dalam bulan ini..
lepas nie syaaban.. pas2 ramadhan.. tak terase mase begitu pantas berlalu...
tak terase kene 'sideroll', 'foxroll'.. berputar² dengan pantasnye.. begitu juge dengan mase kite..
ad satu bingkisan yang diambil dari blog seorang sahabat
die kate:

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ni."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."


sama2 kita berusaha meningkatkan amalan kita sepanjang bulan ini.. semoga kita senantiasa diberkati dan diredhai Allah kan.. InsyaAllah

Wassalam..

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

takziah.. buat ssjn khairul dan sekeluarga

Assalamualaikum..
Kita merancang, Allah menentukan..
Setiap yang hidup pasti pergi..
Setiap yang nyawa pasti akan merasa mati..
mati menjemput kita, ditempat yang tak terduga..
Seperti dari Rasulullah S.A.W, yang paling dekat dengan kita itu mati..
Maka bersedialah wahai sahabat....

Ibu, bayi maut dalam nahas di Machang

MACHANG: Seorang wanita dan bayinya berusia lima bulan maut, manakala suami dan dua lagi anak mereka parah apabila kereta yang mereka naiki merempuh penghadang jalan di Kilometer 47.5 Jalan Kuala Krai-Kota Baharu dekat Pangkal Petai di sini, awal hari ini. 

Rusnira Ariffin, 32, yang tersepit dalam kereta itu, mati di tempat kejadian dengan bayinya, Mohd Adam Danish Mohd Khairul Anwar, mati dalam pelukan. 

Suaminya, Mohd Khairul Anwar Mohammad, 36, dan dua lagi anak mereka Mohd Aniq Dania, 9, dan Mohd Airiq Darwish, 7, kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab di Kota Baharu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, ASP Loo Lian Lay, berkata nahas berlaku pada jam 3.20 pagi ketika keluarga itu yang tinggal di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur, dalam perjalanan pulang ke kampung di Wakaf Baharu di sini. 

"Mohd Khairul Anwar yang juga anggota tentera berpangkat Sarjan mahu menghantar isteri dan anak-anaknya pulang ke kampung kerana beliau akan menyertai latihan ketenteraan di Melaka," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Beliau berkata, kereta Proton Waja yang dipandu Mohd Khairul Anwar dikatakan terbabas sebelum merempuh penghadang jalan menyebabkan kereta yang dinaiki keluarga terbabit remuk teruk.

"Anggota polis dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Machang mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengeluarkan dua mangsa yang tersepit dan mayat mereka dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat," katanya. 

Loo berkata, siasatan awal mendapati pemandu kereta terbabit dipercayai memandu dalam keadaan mengantuk. 

Sementara itu, kakak Rusnira, Rosniza Ariffin, 39, berkata keluarganya mengetahui kemalangan itu pada kira-kira jam 4 pagi selepas menerima panggilan orang ramai yang menghubungi mereka. 

"Kami bergegas ke tempat kejadian sejurus selepas mengetahui berita itu dan sedih melihat Rusnira bersama bayinya mati dalam keadaan tersepit," katanya yang terkilan kerana hajat untuk bercuti bersama selama seminggu bertukar tragedi ngeri.

Rosniza berkata, kali terakhir beliau menemui adiknya itu ialah kira-kira lima bulan lalu ketika dia melahirkan bayinya itu. 

Beliau berkata, Rusnira sempat menghubunginya pada kira-kira jam 9 malam Rabu untuk memberitahunya yang mereka dalam perjalanan pulang dari Sungai Besi. 

"Sehingga petang ini, adik ipar saya dan dua lagi anaknya masih tidak diberitahu mengenai kematian isteri dan bayinya kerana bimbang keadaan mereka yang masih belum stabil. 

"Arwah Rusnira dan bayinya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Bharu selepas solat Asar," katanya. - Bernama 

berita harian - 5/6/2009


These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

pt pagi dan military class

Assalamualaikum..
Sejak akhir² nie pancit skit..
xshempat nk hapdet blog.. besela.. dalam sem ketenteraan..
wish me luckthrough these hard obstacles..
i will go camping by the end of dis work.
al sort of important thin' had been done..
tomorrow will be one of my big day as i'm going to the ic..
sangat kejam mereka meletak namaku.. ishk...
ala lapor tyme pt n kelas.. ok aje kot..
Ok..
sebelum ku akhir..
lawa xblog shaye..
huhu^^
wassalam..
pen off!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

lilinku.. ukuran candela tidak mampu menyainginya..

Assalamualaikumm..

Sambutan hari guru telah diadakan di mrsm muar..
tak tw bile lak kejadian tersebut.. hemmm...
some cikgu2 yg dulu pernah mengajar shaye dapat anugerah pada tahun nie.. hoho


GURU INOVATIF
En. Mohd Adam bin Sapardi
cikgu bm a.k.a cikgu yang pandai beniaga.. saye dah lupa name persatuan tue..

GURU PENYAYANG/PRIHATIN
Pn. Hjh. Hasni binti Khamis
sangat dikenali rapat gile ngan ahli homeroomnyer..

GURU BERMOTIVASI
Ustaz Mohd Fauzi bin Idris
sape tak kenal ustaz.. kata² die wat orang lain terpesona.. bersahaja tapi tegas dalam hukum agama..

GURUKU
En. Shahrali bin Haji Abdol Rahman
suke memulakan kate2 nyer dengan "ok"
ahahaha... cikgu bio yang terkenal ngan garang dan tegas.. jgn main2 dapat!

GURU DINAMIK JABATAN MATEMATIK
Pn. Zuhaila binti Mohd. Ali
saya tak sempat belajar dibawah pn Zuhaila.. tp sume cikgu math kt sane memang pandai kire.. diorang xpening ke tengok rumus byk2 2..

GURU DINAMIK JABATAN SAINS SOSIAL
Pn. Esah binti Mat
ya.. Leh kate mama kepada saya kerna slalu support saye dari belakang.. motivate bile saye dah tepu ngan shejarah malaysia dan dunia.. 
GURU DINAMIK JABATAN SAINS
En. Rozaki bin Paijan
saya sempat bekerja satu bumbung dengan beliau semasa tunas saintis.. cikgu kimia juge.. lawak.. hensem.. ramai yg dok usha.. haa.. sape...

GURU DINAMIK JABATAN BAHASA
En. Mohd Adam bin Sapardi
cikgu adam lagi! jgn men2 tak nak wat kerja skool.. hmm cikgu adam pernah mengajar di mrsm pontian sebelum ke muar.. kak lang sempat belajar dengan die jgak.



itulah serba sedikit tentang cikgu2 shaye.. lame kan tak dapat jumpe diorang..
latihan saye kat sini amat padat.. cuti bukan sesuatu yang boleh di'demand'.. ia bukan hak saye.. ia hak orang atasan.. redha2 sebab inilah sumber rezeki saya, kini dan akan datang.. InsyaAllah..
Semoga Allah meredhai mereka dan memanjangkan umur mereka dalam kebahagiaan dan kelapangan hidup..

kelas 5sc6ini mereka insan sains 6.. solamo lamo eh..


Photobucket

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Mutiara Kata

LEMAH
Apabila badan lemah, maka fikiran pun turut lemah
. Bila
menyedari kelemahan anda, maka anda dapat berbuat se-
suatu pada kelemahan itu. Orang yang lemah ragu-ragu
ragu-ragu sebelum mengambil keputusan, orang yang
kuat akan ragu-ragu selepas itu. Ada masanya kelemahan-
kelemahan kita akan memberi pertolongan yang tidak ter-
duga.

Kelemahan orang pintar, apabila dia mengetahui dirinya
pintar. kelemahan orang bodoh, apabila dia tidak meng-
etahui dirinya bodoh. Orang yang paling kuat sekali pun,
pasti mempunyai kelemahan. Orang yang paling besar
selkali pun, sesungguhnya menjadi orang suruhan orang
lain.

Ada dua hal yang menunjukan kelemahan iaitu berdiam
diri pada waktu perlu berbicara,dan berbicara pada waktu
perlu berdiam diri.


LIDAH

Berbahagialah orang yang dapat menahan lidahnya. Gigitan
yang paling menyakitkan datang dari lidah yang tajam. Hati-
hatilah jangan sampai lidahmu sendiri memotong lehermu,
ikatlah lidah kecuali pada kebenaran, kemudikan sebelum
ia mengemudikanmu

Lidah orang berakal terletak di belakang hatinya.
Hati orang yang bodoh terletak dibelakang lidahnya.



Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.
Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai.......

Janganlah menjadi begitu masin..
sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku
terlampau manis, sehingga
mereka menelan dirimu
begitu saja...


Wassalam..

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati