Waspada wabak baru
Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
saiful.hasam@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 25 April – Pengawasan di semua pintu masuk
negara akan diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi
mengekang penularan sejenis wabak baru dikenali sebagai
selesema babi yang telah meragut 68 nyawa di Mexico dan
mencetuskan suasana cemas di negara itu. Pengawasan itu
membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai
antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, wabak
berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia
bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’
yang pernah melanda negara ini. Beliau bagaimanapun meminta
rakyat negara ini supaya tidak panik kerana kerajaan
sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh
menyebabkan kematian. “Selesema babi telah merebak di
Mexico dan pengawasan di semua pintu masuk negara ini perlu
diperketatkan segera. “Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan sentiasa memantau penyakit berjangkit,
kita sentiasa mendahului situasi,” katanya kepada Mingguan
Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas mengenai wabak
selesema babi yang berpunca daripada virus yang tidak pernah
dilihat para penyelidik sebelum ini kerana ia mengandungi
kombinasi virus babi, burung dan manusia. Dalam perkembangan
berkaitan, Tiong Lai berkata, beliau belum menerima laporan
terkini wabak tersebut daripada Bahagian Kawalan Penyakit
dan hanya mengetahuinya melalui laporan media pagi ini.
Beliau turut menyatakan komitmen untuk melaporkan
perkembangan terkini mengenai wabak berbahaya itu kepada
masyarakat.
WHO bimbang selesema babi merebak
BANDARAYA MEXICO: Virus selesema baru yang membunuh sehingga
82 orang di Mexico mungkin menular menjadi wabak sejagat,
kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ketika penyakit itu
semakin merebak ke Amerika Syarikat.
Virus baru itu, H1N1, menggabungkan genetik babi, burung dan
manusia tidak pernah dikesan penyelidik sebelum ini.
Sebelas kes sudah disahkan di California, Kansas dan Texas
manakala lapan pelajar sekolah di New York City dijangkiti
virus selesema, dipercayai jenis sama.
Kali terakhir wabak selesema sejagat ialah pada 1968 apabila
virus "Hong Kong” membunuh lebih sejuta orang di seluruh
dunia. - Agensi
nie la bentuk virus baru h5n1 nie..
ak xpaham benanya.. ye dik in mungkin leh terangkan lebih lanjut ye berdasarkan matapelajaran mikrob..
sampai sini saja.. oh ye.. jage2.. banyak minum air dan slalu bersenam untuk meningkatkan imunisasi badan..
wassalam.. mamam yuk!
Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi
5 years ago
0 comments
Post a Comment